
KUALA LUMPUR, 8 NOV 25 – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Peguam Negara agar tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah menerima 40% daripada hasil pendapatan negeri itu. Keputusan mahkamah pada 17 Oktober lalu dianggap sebagai kemenangan bersejarah bagi rakyat Sabah.
GRS menegaskan tuntutan ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Mereka menegaskan bahawa sebarang rayuan akan menafikan proses semakan perlembagaan yang telah diperintahkan mahkamah.
“Keputusan perundangan ini melambangkan keadilan dan pemulihan hak rakyat Sabah,” kata GRS dalam kenyataan rasmi, menekankan bahawa isu ini bukan sekadar perkara undang-undang tetapi juga soal maruah negeri. Katanya memetik laporan media tempatan.
GRS menyeru Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan pusat untuk menghormati keputusan mahkamah. Mereka menegaskan bahawa rayuan akan menimbulkan ketidakpercayaan rakyat terhadap kesungguhan pusat dalam melaksanakan janji MA63. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.