Kalau DAP Jujur, Semua Menteri Wajib Letak Jawatan – Haniff

KUALA LUMPUR | 22 Sep 26 – Keputusan DAP hanya meminta Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berundur daripada Kabinet dipersoalkan peguam Haniff Khatri Abdulla yang menyifatkannya tidak selari dengan pendirian parti itu mengenai isu pengampunan Najib Razak.

Dalam satu podcast, Haniff berkata jika DAP benar-benar jujur dengan pendirian mereka mengenai isu berkenaan, semua menteri dan timbalan menteri DAP sepatutnya meletakkan jawatan.

“Akhirnya DAP jujur, maka DAP sepatutnya untuk menzahirkan pendirian mereka berkaitan dengan fahaman dan keputusan mereka berkaitan dengan isu pengampunan, maka mereka semua wajib meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Ujarnya.

Menurut Haniff, tindakan itu tidak bermaksud DAP menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kerana Ahli Parlimen DAP masih boleh memberikan sokongan kepada Anwar di Parlimen.

Haniff turut secara khusus membangkitkan kedudukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, susulan kenyataan terdahulunya mengenai isu Najib.

“Beliau berulang kali berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, mengenai perkara itu. Jika beliau seorang gentleman, beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebelum Loke berbuat demikian,” kata Haniff merujuk kepada Nga Kor Ming.

Perkembangan itu kemudian turut mendapat respons Timbalan Setiausaha Agung CEC DAP, Hannah Yeoh, yang berkata keputusan hanya Loke berundur merupakan keputusan muktamad Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan perlu dihormati. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

PN Tak Goyah, Pahang Siap Hadapi PRU16

Menurut beliau, PN Pahang berada dalam keadaan paling stabil, dipimpin Pengerusi Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Datuk Khalib Abdullah, dengan kerjasama PAS, BERSATU dan GERAKAN kekal padu.
Read More
Total
0
Share