KDN Perlu Kenakan Tindakan Tegas Kepada Sin Chew Daily, Kata Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR, 17 APR 25 – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penerbitan akhbar Sin Chew Daily berikutan kesilapan ilustrasi bendera bendera Malaysia baru-baru ini, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, akhbar berbahasa Cina itu melanggar Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Maka, saya mendesak agar tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi terhadap Sin Chew Daily sebagai pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar perkara asas melibatkan aspek kenegaraan tidak ambil mudah.

“Pihak Kerajaan perlu tegas dalam hal seumpama ini dan tidak boleh bertindak secara pilih bulu mengikut kehendak dan kemahuan yang hanya menguntungkan sesetengah pihak terutamanya perkara melibatkan asas kenegaraan,” katanya, menerusi satu kenyataan.

Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 Apr lalu menyiarkan muka hadapan ilustrasi kapal beserta Jalur Gemilang disamping bendera China, bersempena lawatan Presiden China Di Jinping ke negara ini.

Namun begitu, ilustrasi bendera Malaysia yang dipaparkan mengandungi kesalahan tiada lambang bulan sabit sekaligus mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Akhbar berkenaan bagaimanapun segera membuat permohonan maaf dan melakukan pembetulan.

“Saya ingin menzahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan Sin Chew Daily sebagai sebuah akhbar yang telah wujud selama lebih 90 tahun boleh melakukan suatu ralat cetakan.

“Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja pada perkara penting yang begitu asas dan umum,” tegas Wan Ahmad Fayhsal lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Mantan KB Bahagian Lapor ROS, Mohon Siasat Isu Pemecatan

“Kalau ikut perlembagaan parti, pemecatan tidak berlaku serta-merta kerana masih ada ruang rayuan kepada Lembaga Rayuan. Namun dalam kes kami, pemecatan dibuat terus dan nama kami dikeluarkan daripada senarai keahlian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat aduan di pejabat ROS, hari ini.
Read More

Anwar Amal Nepotisme – Khairuddin

"Hari ini Allah membalas secara 'tunai' terhadap semua tohmahan palsu Anwar dan menunjukkan secara jelas kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa beliau sebenarnya 'bapa kronisma nombor satu,'" katanya
Read More
Total
0
Share