Kenyataan Hipokrasi – BERSATU Dungun Tempelak Ketua BPN Terengganu

TERENGGANU | 12 Feb 26 – BERSATU Bahagian Dungun menegaskan bahawa kenyataan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Terengganu, Datuk Razali Idris, bahawa BERSATU Terengganu setia kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah hipokrit dan bercanggah dengan tindakan beliau sendiri sebelum ini.

Menurut kenyataan BERSATU Dungun, Datuk Razali pernah mencalonkan diri sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti lalu, sekali gus menentang formula Presiden dan mengetuai gerakan mengagalkan usaha tersebut di beberapa bahagian di negeri Terengganu.

“Kenyataan beliau bercanggah dengan tindakan sendiri. Ketua BPN seharusnya menumpukan usaha memperkukuh parti di peringkat negeri, bukan sekadar menyatakan kesetiaan kepada Presiden,” kata Ahmad Tarmizi Ghazali, Setiausaha Bahagian BERSATU Dungun.

Kenyataan itu turut menyorot kelemahan organisasi BERSATU Terengganu, termasuk cawangan yang tidak aktif, penyelarasan pelan tindakan yang tidak menyeluruh, serta komunikasi lawatan pimpinan negeri yang lemah, sekali gus menimbulkan kekeliruan di peringkat bahagian.

Tambahan pula, peranan Datuk Razali sebagai ADUN dan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu dilihat belum memberi impak signifikan terhadap pengukuhan sokongan rakyat kepada parti.

BERSATU Dungun menegaskan bahawa pengukuhan parti di peringkat negeri adalah asas kepada kestabilan dan kejayaan parti secara keseluruhan, dan menyarankan Ketua BPN memberi fokus kepada organisasi parti di Terengganu, bukannya sekadar bermain politik “murahan” atau memberi kenyataan tanpa sokongan akar umbi.

“BERSATU Terengganu tidak harus hanya mengharap jentera rakan kita iaitu PAS. Kepimpinan negeri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengukuhan parti,” tambah kenyataan itu.

Penganalisis politik melihat isu ini sebagai signal ketegangan dalaman BERSATU Terengganu, yang menekankan bahawa kesetiaan kepada Presiden sahaja tidak mencukupi jika kepimpinan negeri gagal menggerakkan parti dan menyusun strategi pengukuhan dari akar umbi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share