Keputusan Mahkamah Selari Dengan Doktrin Pemisahan Kuasa – Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Jun 25 – Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan rujukan undang-undang mengenai imuniti sebagai selari dengan prinsip asas kedaulatan undang-undang dan doktrin pemisahan kuasa.

Menurutnya, jawatan Perdana Menteri tidak harus menjadi perisai diri oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan perbicaraan di mahkamah.

“Sesiapa pun yang memimpin negara, beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk memperlihatkan tauladan kepimpinan kepada rakyat, dengan bersedia untuk melalui setiap proses kehakiman secara terbuka, demi imej serta kemuliaan Institusi Perdana Menteri. Katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Hamzah, sekiranya Perdana Menteri mendakwa rujukan beliau itu bertujuan untuk memastikan jawatan awam tertinggi dilindungi daripada ”𝘭𝘪𝘵𝘪𝘨𝘢𝘴𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘬”, “𝘣𝘦𝘳𝘮𝘰𝘵𝘪𝘧𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬”, atau “𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘴𝘪”, ini menunjukkan bahawa, sistem perundangan Malaysia sudah pun mempunyai mekanisme menapis saman yang remeh atau berniat jahat.

“Jika ada mana-mana pihak cuba memberikan gambaran seolah-olah kehakiman negara tidak mampu membezakan antara tuntutan yang sah berbanding “motif politik”, ianya merupakan satu penghinaan terhadap kebebasan badan kehakiman yang sepatutnya dipertahankan. Tegas Hamzah.

Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain semalam berkata lapan persoalan Perlembagaan yang Anwar cuba rujuk kepada Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi ambang yang diperlukan.

“Dari perspektif kehakiman, soalan yang dicadangkan nampaknya tidak memenuhi ambang kontroversi perlembagaan yang tulen… apa yang jelas ialah tidak semua soalan menyentuh kualiti perlembagaan untuk rujukan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Mahkamah ini mesti berpuas hati bahawa persoalan perlembagaan adalah tulen dan material kepada penyelesaian kes ini kerana Mahkamah Persekutuan bukan forum untuk pandangan nasihat spekulatif atau defensif,” katanya.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share