Ketua Pembangkang Desak Siasat Dakwaan Hotel Promosi Aktiviti Songsang di Melaka

KUALA LUMPUR | 14 Jan 26 — Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, YB Dr Mohd Yadzil bin Yaakub, mendesak kerajaan negeri mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas susulan tular dakwaan sebuah hotel di negeri itu yang dikatakan menawarkan atau mempromosikan perkhidmatan bercanggah dengan nilai agama, budaya dan norma masyarakat tempatan.

Menurut Dr Mohd Yadzil, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh sensitiviti agama, maruah negeri serta keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi asas kestabilan Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah.

“Sebagai sebuah negeri yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dan dalam masa sama memelihara keharmonian masyarakat, sebarang bentuk normalisasi perlakuan songsang, sama ada secara tersurat atau tersirat melalui promosi perniagaan, tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Melaka wajib mengarahkan siasatan segera terhadap hotel terbabit bagi memastikan sama ada wujud pelanggaran undang-undang, syarat lesen operasi atau garis panduan moral yang ditetapkan.

Tambahnya, sekiranya siasatan mendapati wujud elemen promosi atau amalan yang jelas bercanggah, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi, termasuk arahan penutupan premis jika perlu.

“Kerajaan tidak boleh dilihat lemah atau berdiam diri apabila isu sebesar ini mencabar sensitiviti agama dan ketenteraman awam,” tegas beliau.

Dakwaan ini muncul ketika isu penganjuran program songsang di Selangor. Tuanku Sultan Selangor baru-baru telah bertitah agar kerajaan menyiasat dan membendung aktiviti yang melanggar noma masyarakat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share