Ketua Srikandi Bahagian Merbok Letak Jawatan, Keluar Parti

SUNGAI PETANI | 6 Mac 26 – Ketua Srikandi Bahagian Merbok dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Shaqirah Muin, mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Srikandi Bahagian Merbok serta Penolong Setiausaha Srikandi Negeri Kedah, selain keluar daripada parti berkuat kuasa 23 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis rasmi yang dihantar kepada Ketua Srikandi Negeri Kedah, Shamsilah Siru.

Dalam surat tersebut, Shaqirah menjelaskan bahawa keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan serta keluar parti dibuat atas keputusan peribadi dan tidak melibatkan mana-mana pemimpin lain dalam Srikandi Bahagian Merbok.

Salinan surat peletakan jawatan itu turut dihantar kepada Setiausaha Agung Bersatu serta Naib Ketua Srikandi Malaysia. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share