Khairuddin Dakwa Farhash Proksi Anwar, Ada RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jul 25 – Aktivis politik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat Farhash Salvador kerana didakwa mempunyai simpanan sejumlah RM500 juta di dalam sebuah bank tempatan.

Khairuddin mendakwa, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga menjadi proksi kepada perdana menteri.

“Sekiranya benar dakwaan ini bagaimana Farhash dapat mengumpul dana sebanyak itu dalam tempoh hanya baru hampir tiga tahun Anwar  memimpin kerajaan di negara kita,” kata Khairuddin.

Tambahnya, Farhash juga  menikmati kekayaan mendadak ketika Anwar berkuasa.

“Sebagai rakyat Malaysia kita amat terkejut dengan dakwaan ini tambahan pula Anwar selalu memfitnah orang lain sebagai ‘kaki sakau’ yang menggambarkan seolah-olah mereka ini kalangan yang cukup bersih.

“SPRM dan Tan Sri Azam Baki harus siasat jumlah kekayaan yang dimilikki oleh Farhash secara telus dan tidak memilih bulu hanya menyiasat kalangan yang dianggap musuh politik Anwar saja,” kata Khairuddin lagi.

Dia juga mempersoalkan kekayaan Farhash yang menurutnya berlaku secara mendadak.

“Anwar jangan tunjuk baik tetapi suruh saja SPRM siasat  yang bernama Farhash Salvador yang kini menjadi kaya-raya secara mendadak.

“Bagaimana budak ini yang pernah berkhidmat serta orang kanan Anwar  boleh menjadi begitu kaya secara amat pantas ketika Anwar berkuasa?,” soal Khairuddin.

Badan penguatkuasaan  undang-undang seperti SPRM katanya juga harus berfungsi secara professional serta amanah dan bukan menjadi ‘barua’ pada orang politik. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share