Laporan RCI Tabung Haji Akan Dibentang di Parlimen – Menteri

PUTRAJAYA | 29 Julai 2026 – Kerajaan bersetuju mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji selepas proses nyahklasifikasi selesai, selain membentangkannya dalam sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat mengenai laporan RCI berkenaan daripada pengurusan tertinggi Tabung Haji.

“Jemaah Menteri bersetuju laporan ini akan dibuat pengelasan semula (declassified) dan didedahkan pada hari ini. Laporan ini juga akan dibentangkan dan dibahaskan di satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, Kabinet turut memutuskan supaya siasatan penuh oleh badan-badan penguat kuasa diteruskan berdasarkan dapatan laporan RCI tersebut.

“Jemaah Menteri memutuskan siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan berdasarkan laporan ini akan diteruskan serta-merta, dan pihak-pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share