Lepas Kritik Muhyiddin, Saifuddin Dipanggil Lembaga Disiplin BERSATU

KUALA LUMPUR, 3 Nov 2025 — Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan bakal menghadiri sesi siasatan bersama Lembaga Disiplin BERSATU pada hari Khamis ini di ibu pejabat parti, susulan dakwaan penglibatannya dalam gerakan menggugat kedudukan Presiden, Muhyiddin Yassin.

Menurut Saifuddin, notis telah diterimanya pada hari Ahad kira-kira jam 1.52 petang, dengan tarikh asal 6 November pada jam 4.30 petang. Namun beliau berjaya memohon tarikh dipinda ke jam 2 petang kerana mempunyai program malam luar Kuala Lumpur.

Beliau menegaskan kesediaannya untuk berhadapan tindakan disiplin kerana pernah menggesa Muhyiddin berundur sesuatu yang menurutnya tidak melanggar perlembagaan parti.

Perkembangan ini berlaku di tengah siasatan dalaman Bersatu yang telah memanggil beberapa ketua bahagian dan ahli parlimen, serta tularnya surat daripada 16 ahli parlimen yang membantah tindakan disiplin terhadap rakan-rakan mereka. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Apa PN Mahu? Soal Penganalisis

"Bawa wajah yang rakyat mudah hadam, biar mereka faham apa agenda sebenar PN. Agenda pemerkasaan Melayu seperti payung besar. Muafakat nasional antara PAS, Umno, atau Bersatu atau bentuk gabungan mewakili semua kaum.
Read More
Total
0
Share