MAPIM Turut Gesa Laporan ERC Segera Dibentangkan

KUALA LUMPUR, 25 Jul 25 – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyokong gesaan wakil Bersatu, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah agar laporan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengenai syor penambahbaikkan sistem pilihanraya, dibentangkan untuk diteliti oleh rakyat.

Menerusi satu kenyataan, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, MAPIM menyokong gesaan (Saifuddin) mengenai hak asasi rakyat untuk mendapatkan sistem pilihan raya yang lebih baik dan adil.

“Kenyataan beliau memperkukuh prinsip bahawa demokrasi yang tulen memerlukan reformasi menyeluruh dalam sistem pilihan raya negara.

“MAPIM menegaskan bahawa hak untuk memilih dalam pilihan raya yang bebas, telus dan berintegriti adalah hak asasi yang mesti dilindungi.

“Kelemahan-kelemahan yang disenaraikan seperti ketidakseimbangan persempadanan, kelemahan SPR, pengaruh berat sebelah media, dan ketidakjelasan peranan kerajaan sementara perlu diberi perhatian segera. Kegagalan untuk menangani isu-isu ini boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, MAPIM turut mendesak agar laporan ERC yang telah siap, tidak terperap tanpa sebarang tindakan.

“MAPIM mendesak agar laporan yang telah disiapkan tidak dibiarkan terperap tanpa tindakan. Kerajaan perlu menjelaskan secara terbuka kepada rakyat tentang status laporan tersebut dan jumlah syor yang telah diambil tindakan.

“Kami percaya bahawa reformasi pilihan raya adalah prasyarat penting untuk memperkukuh institusi demokrasi dan memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik negara. Justeru, MAPIM menyeru agar:

“Kerajaan segera membentangkan Laporan ERC di Parlimen untuk dibahas secara terbuka.

Terdahulu, Saifuddin dalam ucapan parlimennya telah menggesa kerajaan agar segera membentangkan laporan ERC dimana syor-syor jawatankuasa tersebut, perlu diteliti secara terbuka oleh semua pihak. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share