Menteri Pertahan Kerjasama Pelancongan Dengan Starbucks

KUALA LUMPUR, 31 OKT 25 — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan kerjasama kementerian itu dengan Starbucks sebagai sebahagian syarikat terlibat dalam acara Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Malah pihaknya turut membidas pihak yang terus mempertikaikan kerjasama berkenaan dan menyifatkan ia tidak membawa sebarang keuntungan kepada negara.

“Kita bukan kerjasama dengan Starbucks saja, minta semua Ahli Parlimen kalau boleh, datang bila-bila saya punya kementerian, saya boleh kemukakan senarai (syarikat terlibat kerjasama dijalankan).

“Hari-hari buat politik. Ini tidak buat keuntungan pada negara. Kita nak pelancong atau tak nak,” katanya semasa sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026.

Tiong bagaimanapun menegaskan, kerjasama itu tidak hanya terhad kepada Starbucks tetapi juga banyak lagi jenama lain.

“Danish Butter Cookies pun ada kerjasama juga, tapi tak ada orang sentuh juga, ada perfume (minyak wangi) juga dari orang Islam punya halal punya, tapi orang tidak ungkit ini barang,” katanya, sambil menunjukkan produk berkenaan.

Pada 2 Okt, Starbucks Malaysia bersama Tourism Malaysia melancarkan kerjasama strategik sempena kempen TMM2026 bertemakan ‘Surreal Experiences’. Namun, kerjasama itu mendapat kecaman beberapa pihak. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share