Muhyiddin Yang Hanyut Dalam Tiupan Bayu

Bila tengok perkembangan parti Bersatu sejak 9 tahun lepas, memang tak boleh nak asingkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti tu. Dialah simbol penentangan terhadap UMNO masa lawan Najib kes 1MDB dulu.

Tapi itu dulu. Aura tu sekarang dah macam memori lama saja, jadi nostalgia. Cakap pasal nostalgia, kalau nostalgia diibaratkan satu produk, sekarang ia dah jadi produk vintaj, memang masih ada orang minat, tapi jumlahnya makin sikit. Yang minat tu pulak, geng-geng dia sajalah.

Itulah kedudukan Muhyiddin hari ini. Penyokong tegar masih anggap dia muka utama Bersatu, dan mereka tetap nak “menjual” nama dia, harap-harap masih ada pembeli. Tapi sayangnya, sekarang bukan ‘market’ dia lagi, kebanyakan orang dah cari sesuatu yang lebih segar dan relevan.

Realitinya, masa depan politik Muhyiddin sekarang bergantung penuh kepada Bersatu. Tanpa parti, pengaruhnya mungkin cepat hilang. Kalau ke mahkamah sekalipun, mungkin hanya penyokong paling hardcore dia atau geng-geng kerahan pemuda yang muncul bagi sokongan

Bagi Muhyiddin, Bersatu adalah perisai politik. Sebab, bila didakwa, seolah-olah itu dakwaan nak bunuh parti. Jadi, benda ni boleh diguna untuk cari simpati politik kepada dia.

Dari segi taktik, mungkin berkesan, tapi dari sudut moral, ia sebenarnya merosakkan imej parti. Sebab nampak tak elok bila parti turut terseret ke gelanggang mahkamah. Imej parti dikalangan anak muda dan pengundi bukan Melayu rosak teruk, sebab kumpulan ni jenis peduli soal integriti. Yang tak peduli Muhyiddin saja.

Cara Muhyiddin main politik sekarang jelas menunjukkan kuasa lebih penting daripada imej parti. Seolah-olah dia tu parti, parti tu dia. Siapa kritik dia, bermakna kritik parti. Ini dah sama perangai dengan Najib dulu. Bila orang kritik Najib isu 1MDB, dikatakan pengkritik ancam negara. Bila Muhyiddin kritik Najib, Muhyiddin kena terajang.

Sekarang Muhyiddin ulang sifir yang sama. Bila orang kritik dia, dia pecat, gantung. Itu sajalah pengaruh yang dia ada sekarang. Nak harap aura untuk kawal parti, tak ada dah.

Dulu dia pernah dianggap hero sekejap waktu tumbangkan PH 1.0. Tapi kerajaan PN yang dia bentuk tu sangat rapuh. Kalau bukan sebab pandemik yang “mengunci” semua pergerakan, mungkin kerajaan itu tak sempat bertahan 16 bulan pun. Tapi tu – nostalgia.

Sayangnya pengalaman itu macam tak beri apa-apa pengajaran kepada Muhyiddin. Dia pula makin beria nak jadi calon PM sampai terkocoh-kocoh suruh juak-juak dia umum dia calon PM. Macam budak-budak berebut gula-gula – siapa cepat, dia dapat.

Sebenarnya, Muhyiddin bukan orang bodoh, pengalaman pun banyak. Tapi semua itu kalah dengan egonya sendiri. Ego tu pula makin besar sebab dikipas oleh orang sekeliling yang hidup menempel pada dia.

Sebenarnya Muhyiddin masih ada masa untuk selamatkan legasi dan partinya. Dia boleh pilih untuk berundur dengan terhormat dan jadi “abah” yang membimbing anak-anak untuk maju ke depan dan berjaya. Tapi tak, dia terlena dengan bayu yang dikipas oleh orang-orang keliling dia.

Sekian.

Pak Dan – penggemar politik, petai dan kopi susu. Rencana ini dipetik dari facebook beliau pada 18 Nov 25

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share