
KUALA LUMPUR, 12 MEI 25 – PAS melalui Lajnah Kesihatan telah berjaya merangka sebuah blueprint dalam menangani isu HIV/AIDS, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, pelan yang diberikan nama Pelan Tindakan Komprehensif Get to Zero 2030 (GTZ 2030) dibangunkan bagi menyokong agenda negara “Ending Aids” 2030.
“Kita mesti serius menoktahkan kegiatan LGBT dalam negara ini, kerana ia salah secara moralnya, apatah lagi dalam Islam ia dimurkai oleh Allah SWT.,” kata Tuan Ibrahim.
GTZ 2030 katanya disusun oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang merangkumi pencegahan awal HIV/AIDS dalam generasi muda, program pemulihan spritual dan psikososial, kempen advolasi media dan pendidikan kesihatan reproduktif menurut Islam.
“Tambahan, usaha ini juga bagi mempersiapkan trainer dan speaker kita sebagai agen amar makruf nahi mungkar bagi isu-isu barah terkait LGBT,” katanya.
Dalam isu yang berkaitan, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah sebelum ini berkata, mengakui bahawa mesej pada papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual yang dipasang di beberapa lokasi strategik di negeri itu sememangnya bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap perbuatan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Jelasnya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha mendidik rakyat agar menjauhi perkara yang bertentangan dengan nilai agama dan norma masyarakat.
Baru-baru ini, malaysiakini melaporkan kumpulan hak asasi Justice for Sisters (JFS) mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan kenyataan Wan Sukairi bersifat diskriminasi. @politiko.my