
KUALA LUMPUR, 22 Okt 25 – Sikap DAP adalah lebih bersifat perkauman dan rasis berbanding PAS yang mengikut acuan Islam dan semakin diterima rakyat negara ini, kata Presiden Perkasa Syed Hassan Syed Ali.
Syed Hassan mendakwa kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan kononnya PAS bersikap perkauman juga tidak berasas.
“Tuduh PAS main sentimen perkauman tapi bila dia kata kalau PAS perintah akan jadi seperti Taliban, boleh.
“Bila isu Palestin, kononnya PAS main isu sempit dan bahaya, (DAP) suka-suka menuduh PAS macam ini ini ibarat meludah ke muka sendiri, yang lebih rasis dan perkauman adalah DAP sendiri, ” kata Syed Hassan kepada politiko.my.
Menurutnya, DAP selama ini turut menghasut penyokongnya seolah-olah PAS akan membawa malapetaka dengan melarang amalan keagamaan bukan Islam.
Sedangkan di Kelantan, pentadbiran PAS menunjukkan tolerasi beragama yang tinggi.
“Mereka kata seolah tokong akan hancur, tak boleh nak beribadah ikut agama Buddha dah cakap sebelum ini sedangkan dia lebih teruk. Katanya merujuk kepada dakwaan Lim Guan Eng yang sebelum ini berkata ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
“PAS nyatakan benda betul. Di Kelantan tiada patung kena hancurkan kena roboh tiada. Mereka main sentimen perkauman lebih jelas,” katanya.
Sehubungan itu katanya, umat Islam dan orang Melayu harus berhati-hati sekiranya ingin bersama DAP yang menurutnya, ‘mengutuk kaum kita sendiri’.
“Yang sebenarnya PAS ikut apa Islam kata dan sebab itu PAS lebih ke depan dalam isu politik, makin lama makin diterima masyarakat Islam, ini yang dibimbangi DAP,” tambahnya.
Beliau mengulas kenyataan Syahredzan yang mengkritik ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, berhubung kenyataannya yang menyamakan situasi semasa Malaysia dengan Palestin, dan menyifatkan tindakan itu sebagai “melampau dan tidak boleh diterima”.
Ahmad Marzuk dakwanya menyamakan rakyat Malaysia bukan Melayu dan bukan Islam dengan tindakan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.
“Orang Melayu jangan terpedaya apa DAP kecam terhadap PAS”. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.