Peguam Keluarga Zara Mohon Tangguh Pendakwaan, Minta AG Pinda Pertuduhan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 25 – Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memohon agar pertuduhan terhadap individu-individu yang terlibat dalam kes buli yang membawa kepada kematiannya dipinda.

Dalam satu kenyataan pasukan peguam berkata, mereka hanya menyedari pertuduhan akan dibuat dibawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan, hukuman maksimum hanya setahun.

“Kami dengan ini memohon agar Peguam Negara dapat menangguhkan pendakwaan tersebut buat sementara waktu.

“Sekiranya keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan sabitan bagi kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, kami berharap siasatan lanjut dapat diteruskan menjurus ke arah kesalahan tersebut dan pendakwaan ditangguh seketika. Katanya.

Tambahnya, mereka khuatir sekiranya pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah pada esok hari atau tarikh-tarikh berikutnya, mereka tidak boleh lagi didakwa selepas itu.

“Apabila siasatan lanjut atau pun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan atau kesalahan yang lebih berat, mereka tidak boleh lagi didakwanatas dasar Doble Jeopardy yang termaktub dalam Artikel (2) Perlembagaan persekutuan. Ujarnya.

Semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengumumkan beberapa suspek yang didakwa terlibat dengan kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dituduh berdasarkan keterangan yang ada.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata, ia susulan penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk polis. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share