Peguam Mohon Majlis Raja-Raja Pilih Hakim Berkelayakan

KUALA LUMPUR, 13 Jul 25 – Peguam kanan Haniff Khatri Abdulla menyarankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang minggu depan menolak pencalonan hakim dengan isu integriti sebaliknya memilih hakim berkelayakan.

Majlis Raja-raja katanya berhak menggunakan kuasa dengan menolak cadangan nama hakim tersebut sekiranya dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

“Majlis Raja-Raja wajar menggunakan budi bicara perlembagaan mereka untuk menolak pencalonan berkenaan,” katanya, dalam kenyataan video.

Haniff berkata, hakim berkenaan berdepan dengan tiga isu kontroversi membabitkan menghina mahkamah berkaitan titah addendum, laporan polis mengenai titah adendum dan satu lagi melibatkan kehakiman.

“Apabila mana-mana hakim masih belum diputuskan dengan prosiding penghinaan mahkamah dan siasatan oleh polis, bolehkan beliau dipertimbang menjadi calon untuk mengisi jawatan atas pada masa ini.

“Isu integriti perlu diselesaikan terlebih dahulu, jika berjaya atas tuduhan penghinaan mahkamah dan dilepaskan oleh polis maka pada masa itu jika ada kekosongan boleh dipertimbangkan, tetapi bukan pada masa ini,” kata Haniff lagi.

Haniff turut memberi peringatan integriti Majlis Raja-raja akan terkesan sekiranya  menerima cadangan nama hakim tersebut bagi mengisi jawatan tertinggi kehakiman.

“Bagaimanakah jika prosiding mahkamah dan siasatan polis melibatkan integriti beliau, bagaimana sistem kehakiman hendak dilepaskan daripada tercemar

“Bukankah ia satu tamparan hebat jika seorang hakim, apatah lagi memegang jawatan tertinggi didapati menghina mahkamah atau didapati melakukan apa-apa kesalahan jenayah,” soal beliau. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share