Pembongkaran FIFA : Wan Fayhsal Persoal Integriti KDN, JPN

KUALA LUMPUR, 9 Okt 25 – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendesak kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan penggunaan dokumen palsu dalam beberapa urusan rasmi, termasuk melibatkan pemain bola sepak naturalisasi negara.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata kelemahan kawalan dalaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu dipersoalkan selepas laporan terbaharu oleh FIFA mendedahkan wujud pemalsuan dokumen dalam kalangan pemain naturalisasi Malaysia.

“Kenapa JPN membenarkan dokumen palsu disubmit kepada FIFA? Ini memalukan negara. maruah Malaysia tercalar,” tegas beliau.

Wan Fayhsal turut mempersoalkan integriti pentadbiran KDN dalam memastikan hanya dokumen sah diterima untuk sebarang tujuan rasmi, sama ada berkaitan sukan atau projek di bawah kementerian.

“Kita pernah buat sebelum ini, Sumareh, McDon, semua lepas tanpa masalah. Tetapi kali ini lain. There is a glaring weakness in KDN with regard to governance,” katanya.

Menurut beliau, kelemahan dalam sistem penyemakan identiti dan dokumen rasmi boleh menjejaskan reputasi antarabangsa Malaysia, khususnya apabila agensi luar seperti FIFA mengeluarkan laporan berkaitan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Laporan Ketua Audit Negara ditambah baik bagi meneliti secara khusus kelemahan prosedur dalam KDN dan jabatan di bawahnya.

“Kita perlu tahu di mana silapnya. Ini bukan soal individu, tapi sistem yang longgar dan boleh disalahguna,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, turut menyokong gesaan tersebut dengan mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat sepenuhnya dakwaan pemalsuan dokumen pemain naturalisasi yang dikaitkan dengan JPN.

Dunia bola sepak tempatan baru-baru ini digegarkan dengan hukuman FIFA ke atas FAM berkaitan dakwaan pemalsuan dokuman pemain naturalisasi. Terbaru, FIFA juga mendedahkan dokumen lengkap berkaitan dakwaan tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share