Pemuda Umno Bisu Isu Besar, Hanya Berani Isu Selamat, Kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 25 — Sayap Pemuda Umno didakwa hanya lantang bersuara dalam isu-isu kecil terhad melibatkan Melayu dan Islam, kata Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata Pemuda Umno yang dipimpin ketuanya Datuk Dr Akmal Salleh patut mengangkat isu besar seperti integriti dan tata kelola kerajaan.

“Malangnya, keberanian itu hanya terhad  di gelanggang luar kerajaan dengan individu atau sesiapa yang hina Islam, Melayu dan kedaulatan negara seperti pasang bendera terbalik.

“Dalam isu besar seperti integriti kerajaan, rasuah, keadilan, ekonomi rakyat, Pemuda Umno membisu

“Pemuda Umno patut angkat dan terjah isu-isu besar yang merupakan nyawa rakyat dan negara,” katanya.

Katanya, Pemuda Umno sepatutnya menjadi agen semak imbang kerajaan sendiri, berani menegur dan mendesak kerajaan seperti pemimpin sayap terdahulu.

Manakala peranan memainkan isu kecil boleh dilakukan oleh NGO.

“Salam buat semua warga Pemuda Umno dan jika ada yg tersilap dan tersinggung mohon ampun demi perjuangan sebenar agama bangsa dan negara.

“Tetapi saya tidak apologetik dan rasa bersalah. Niat baik dan ikhlas,” tambahnya.

Baru-baru ini Dr Akmal Salleh telah memimpin lebih 500 anak muda daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan berarak bersama mengibarkan Jalur Gemilang sejauh 1.4 kilometer sebagai simbol perpaduan mempertahankan maruah bendera negara di Pulau Pinang.

Perhimpunan tersebut mendapat kecaman pemimpin parti DAP. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tubuh Majlis Presiden Untuk Kukuhkan PN, Kata Sumber PAS

"Kuasa pengerusi PN (terlalu) besar. Lantikan jawatan penting, contohnya Ketua Penerangan, kita tahu Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tak berapa berfungsi. Termasuk juga pelantikan Bendahari, sekarang kosong lagi. Itu semua dilakukan pengerusi PN tanpa berbincang dengan presiden parti komponen.
Read More
Total
0
Share