Penganalisis Saran Bersatu Segerakan Penstrukturan dan Peralihan Kepimpinan Selepas PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 7 NOV 25 — Dua penganalisis politik berpandangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu segera menyusun semula kepimpinan dan struktur parti bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berada pada tahap terbaik.

Mantan Prof Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, berpendapat bahawa peralihan kepimpinan wajar dilakukan selepas analisis dan post mortem Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menilai kekuatan jentera serta strategi parti menjelang PRU16.

“Masa terbaik untuk ‘pass baton’ dari Tan Sri Muhyiddin kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah apabila semua pihak mencapai kata sepakat dan konsensus secara menyeluruh demi kekuatan dan perpaduan parti,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepimpinan Bersatu supaya mengambil kira pandangan PAS sebagai rakan utama dalam Perikatan Nasional (PN) agar proses tersebut tidak disalah tafsir sebagai konflik dalaman yang boleh menjejaskan persepsi terhadap gabungan itu

Sementara itu, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Malike, berkata langkah penstrukturan itu perlu dilakukan segera dan secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana pihak dalam parti, khususnya mereka yang dikenali rapat dengan bekas Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Lebih segera lebih baik memandangkan PRU16 semakin dekat dan semua pihak termasuk Perikatan Nasional (PN) serta Bersatu perlu segera menyediakan infrastruktur pilihan raya. Bersatu perlu pantas menyusun atur semula hierarki kepimpinan parti tanpa memangsakan mana-mana kumpulan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar satu majlis penghargaan kepada Muhyiddin selaku mantan Perdana Menteri Kelapan dan bekas Presiden Bersatu diadakan sebagai tanda penghormatan atas jasa beliau kepada parti.

Baru-baru ini, Prof Dr Mazlan Ali, menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebagai tanda jelas bahawa proses peralihan kuasa dalam parti itu sedang berjalan secara tersusun, namun tidak boleh ditangguhkan terlalu lama.

Menurutnya, kenyataan Hamzah yang menggambarkan dirinya sebagai “pelari kedua yang menunggu baton” menunjukkan beliau sudah bersedia mengambil alih kepimpinan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila tiba masanya.

“Kenyataan Datuk Seri Hamzah sangat berhikmah dan tertib. Beliau tidak mendesak Muhyiddin untuk segera berundur, tetapi memberi isyarat bahawa beliau sudah bersedia memimpin bila-bila masa,” kata Dr Mazlan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share