Suara Rakyat Gesa RoS Bebas Tekanan Politik

KUALA LUMPUR | 25 Sep 26– Gerakan Suara Rakyat Malaysia Sejahtera (SUARA RAKYAT) menggesa Kerajaan MADANI memastikan tiada campur tangan politik terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) susulan penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Sekretariatnya, Mohd Zai Mustafa berkata, tindakan RoS perlu dilaksanakan secara telus, konsisten dan bebas daripada sebarang tekanan politik sekiranya benar-benar berasaskan undang-undang dan peraturan pertubuhan.

RoS sebelum ini menjelaskan penggantungan itu bukan pembatalan pendaftaran PN, sebaliknya tindakan sementara susulan notis yang memberi ruang kepada PN menjawab aduan dikemukakan Bersatu.

“Institusi negara adalah milik rakyat — bukan milik kerajaan yang sedang memerintah dan bukan alat mana-mana parti politik,” kata Mohd Zai dalam kenyataan.

Pada masa sama, SUARA RAKYAT menyeru parti-parti politik berteraskan Melayu-Islam, termasuk tokoh UMNO, membuka ruang dialog mengenai kerjasama politik yang lebih tersusun.

Mohd Zai turut berpandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, boleh memainkan peranan dalam membuka ruang perbincangan antara parti pembangkang dan kelompok politik Melayu-Islam.

“Perbezaan boleh dibincangkan. Ego politik boleh diketepikan. Kepentingan rakyat dan negara mesti mengatasi kepentingan individu serta parti,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika PN mengesahkan telah menerima notis RoS dan sedang mengambil langkah melalui proses perundangan yang tersedia untuk mempertahankan penubuhan serta agendanya.

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share