Perjanjian Perdagangan Dengan As Biarkan Kekayaan Negara ‘Dipunggah Penjajah’

KUALA LUMPUR, 29 OKT 25 — Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid mendakwa negara kini kembali dijajah apabila kekayaan dan kebebasan negara terikat dengan perjanjian perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani ketika kehadiran Presiden Donald Trump baru-baru ini.

Rafique mendakwa, perjanjian itu mengulangi kembali penjarahan hasil bumi oleh orang asing ketika era penjajahan.

“Kemerdekaan kita tuntut hampir 70 tahun lalu kerana Mat Salleh jarah negara kita dengan hasil bumi kita. Mat Salleh juga yang tentukan apa cara hidup kita, cara kita berhubung dengan negara lain.

“Penjajahan tanah air ini berakhir dengan pena. Kini dijajah semula, kita biarkan kekayaan dan hak bebas kita dipunggah orang luar, oleh Mat Salleh, juga dengan pena,” katanya, dalam satu kenyataan

Peguam itu berkata, banyak syarat perjanjian itu dilihat memihak kepada AS berbanding kelebihan kepada Malaysia.

“Negara kita kaya dengan sumber asli. Kita berhak tentukan bagaimana dan dengan cara apa kita akan menggunakan sumber negara kita sendiri.

“Mengapa kita harus ikut telunjuk orang lain?” katanya.

Beliau juga menggunakan beberapa contoh klausa perjanjian yang menurutnya menyekat kebebasan Malaysia berdagang.

“Malaysia sebuah negara Merdeka. Bebas berniaga dan berdagang dengan sesiapa sahaja. Tetapi dengan perjanjian ini jelas kebebasan kita disekat dikawal dan dipandu selia oleh apa yang Amerika mahu.

“Bagaimana pula dengan hak kita sebagai negara bebas dan berdaulat untuk tentukan dengan siapa dan dengan syarat apa kita mahu berniaga? Kenapa ini semua tidak difikirkan oleh Kerajaan sebelum memasuki perjanjian dengan AS?”soal Rafique. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share