Perlu Gubal Undang-Undang Kekayaan Tidak Dapat Dijelaskan, Kata Bekas MP

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 25 – Satu undang-undang berkaitan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan wajar dibentuk untuk semua rakyat, kata bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago.

Katanya, tindakan mempersoalkan kekayaan tidak dapat dijelaskan tidak seharusnya hanya terpakai untuk kelompok elit tertentu.

“Ini tidak sepatutnya mengenai satu keluarga atau akibat daripada perhimpunan Turun,” katanya menerusi laman X.

Charles merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menggesa anak-anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan kekayaan mereka jika tidak dapat membuktikan sumbernya.

“Malaysia memerlukan Perintah Kekayaan yang Tidak Dijelaskan untuk memastikan semua elit bertanggungjawab,” kata Charles lagi.

Menggunakan United Kingdom sebagai contoh, Charles berkata, agensi penguat kuasa negara itu memperolehi semula £62.9 juta (RM380 juta) dalam setahun melalui perintah kekayaan yang tidak dapat dijelaskan dan tindakan sivil yang berkaitan.

Katanya, Malaysia boleh melakukan perkara yang sama iaitu mendapatkan semula kekayaan yang dicuri tanpa mengheret kes selama beberapa dekad di mahkamah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share