PN Tampilkan 42 Calon ‘Wajah Segar’ di PRN Sabah

KOTA KINABALU, 16 NOV 25 — Perikatan Nasional (PN) menampilkan barisan 42 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dengan 90 peratus daripadanya terdiri daripada muka baharu dan 30 peratus merupakan calon muda.

Menurut seorang wakil PN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, barisan calon kali ini merangkumi pemimpin daripada BERSATU, PAS dan GERAKAN.

Pengerusi PN Sabah merangkap Ketua BERSATU Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan bertanding di Sugut, manakala PAS menampilkan Pesuruhjaya PAS Sabah Datuk Aliakbar Gulasan di Karambunai. GERAKAN pula diketuai Setiausaha GERAKAN Sabah, William Ooi yang bertanding di Luyang.

Beliau pada satu kenyataan menegaskan barisan calon tersebut terdiri daripada individu berkemampuan serta berkelayakan, termasuk golongan profesional seperti peguam, doktor, pensyarah, teknokrat dan usahawan.

“Mereka berpengalaman dalam kerja-kerja kemasyarakatan, memiliki integriti serta komited untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Pokoknya, calon-calon ini tidak ada video rasuah!” katanya ketika hadir dipenamaan calon PN, semalam. Tambahnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share