
KUALA LUMPUR | 29 Jun 26 – PAS memutuskan untuk memfokuskan gerak kerja pilihan rayanya dengan menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat yang diadakan pada Isnin dan diumumkan menerusi kenyataan media Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, PAS menetapkan lima keputusan utama bagi menghadapi PRN Johor, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri itu.
Selain menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi yang ditandingi, PAS turut mengarahkan petugas parti menyantuni seramai mungkin pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi slogan “Jom Jaga Johor”.
Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi turut menyeru pengundi supaya tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PH.
Dalam kenyataan yang sama, PAS turut memutuskan supaya persiapan awal digerakkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa PAS telah menteapkan keputusan untuk menolak sebarang usaha bekerjasama dengan parti BERSATU dalam menghadapi PRN Johor.
Terdahulu, Naib Presiden BERSATU, Faizal Azumu dalam satu kenyataan berharap PAS, berharap PAS dan seluruh komponen Perikatan Nasional (PN) terus membantu calon-calon gabungan itu dalam menghadapi pilihan raya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.