PRN Sabah: Sekalipun Dipecat, Ketua Bahagian Bersatu Tetap Turun Bantu Calon PN Berkempen

KUDAT, 16 NOV 25 — Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timur yang dipecat, Mohd Fadhli Ismail, muncul membantu jentera kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN N.04 Tanjong Kapor, Muhammad Affan Jumahat, dalam siri walkabout dan pertemuan bersama penduduk pada Sabtu malam.

Kehadiran Fadhli menarik perhatian apabila beliau dilihat bersama calon dan pimpinan Bahagian Perak di sebuah lokasi dalam suasana kempen yang semakin rancak pada hari kedua.

Turut kelihatan ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU merangkap ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Ketua Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak, yang menyertai kempen turun padang itu.

Muhammad Affan, calon muda PN di kerusi Tanjong Kapor, dijadualkan mengadakan program padat sepanjang Ahad termasuk walkabout di Tamu Pekan Sikuati, kunjungan mesra ke beberapa kampung seperti Rampayan, Narandang, Korina dan Andap, serta pertemuan bersama jentera parti.

Pada sebelah malam, beliau meneruskan kempen melalui ceramah kelompok di Dewan Kampung Ayer sebelum mengakhiri hari dengan sesi siaran langsung bersama pengundi.

Kehadiran tokoh-tokoh BERSATU itu dilihat sebagai suntikan moral kepada jentera PN di Tanjong Kapor dalam usaha meraih kepercayaan pengundi setempat menjelang PRN Sabah 29 November ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share