PRU-16: Ketua Pemuda Sedia Tanding Solo, Presiden Mahu Kerjasama PH

KUALA LUMPUR, 7 Jul 25 – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan parti itu bersiap sedia menghadapi PRU16 secara bersendirian sekiranya tidak mendapat sebarang persefahaman dengan mana mana pihak.

Dr Akmal menegaskan, tanpa sebarang persefahaman, Umno akan memasuki medan PRU16 tanpa bergantung dengan mana-mana pihak.

“Kalau tak ada persefahaman, Umno sedia untuk pergi solo bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor,  semalam.

Tegasnya, sayap Pemuda Umno juga perlu bekerja keras dan bersiap sedia kerana, sebarang kerjasama hanya boleh berlaku sekiranya terdapat persefahaman.

Adun Merlimau itu menjelaskan, kejayaan Umno di Melaka dalam PRN lalu lalu tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk negeri lain seperti Selangor.

“Namun prinsip utama tetap sama iaitu rakyat mahu pemimpin yang bekerja, bukan muncul hanya semasa pilihan raya.

“Kalau kita betul-betul turun ke bawah dan berkhidmat untuk rakyat, saya percaya Umno akan kembali bertakhta di hati rakyat,” jelas Dr Akmal.

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan pihak yang menolak kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sebagai angkuh.

Menurutnya kerjasama itu seharusnya dijadikan panduan dan renungan memandangkan strategi itu dilihat ampuh dan bersesuaian untuk mengekalkan kuasa sedia ada.

“Kita tak boleh sombong, angkuh dan bongkak untuk pergi solo. Ini realiti sekarang dan dengan cara ini juga kita boleh kembali dominan dalam arena politik negara,” katanya.

Zahid turut menjelaskan PH dan BN adalah gabungan yang diharap dapat mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi yang dimenangi mereka pada PRU15. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share