Rafizi Beri Amaran, Hakim Bermasalah Mungkin Dilantik Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR, 14 Jul 25 – Mantan menteri ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan seorang hakim kanan yang didakwa terlibat dalam campur tangan kehakiman mungkin akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara selepas Pemangku Ketua Hakim Negara, Hasnah Hashim dan pemangku Presiden Mahkamah Rayuan, Zabariah Yusof ketika ini, bersara.

Beliau membangkitkan isu di mana Hasnah dan Zabariah kini sedang menjalani lanjutan perkhidmatan selama enam bulan dan masing-masing dijadual bersara pada Oktober dan November tahun ini.

Katanya, ia membuka ruang kepada hakim yang terpalit dengan dakwaan itu untuk naik pangkat sekali lagi dan akhirnya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

“Maknanya dalam tempoh lima, enam bulan dari sekarang, kita akan dapat Ketua Hakim Negara yang telah direkodkan – melalui minit mesyuarat (Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, JAC) – sebagai orang yang berdepan dakwaan,” kata beliau dalam sebuah forum mengenai institusi kehakiman, malam tadi.nya.

Sekiranya ramalan beliau menjadi kenyataan, ia akan memberi impak besar kepada institusi kehakiman dan ia akan melemahkan integriti sistem kehakiman. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share