Rasuah: Dari Persepsi, Kini Krisis Kepercayaan – IDRIS

KUALA LUMPUR | 16 Apr 26 — Walaupun pelbagai usaha dan inisiatif anti-rasuah terus diperkukuh, tahap keyakinan rakyat terhadap isu integriti dilihat masih belum mencapai kestabilan, apabila persepsi awam terhadap gejala rasuah kekal membimbangkan.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS), Datuk Nizam Mahshar, menyifatkan keadaan ini sebagai petunjuk wujudnya jurang yang semakin jelas antara pencapaian dasar di peringkat institusi dengan sentimen masyarakat di akar umbi.

Menurut beliau, persepsi negatif yang berpanjangan berpotensi menenggelamkan segala usaha pembaharuan yang telah dilaksanakan, walaupun terdapat peningkatan dari segi tindakan penguatkuasaan dan pelaporan kes.

“Penangkapan semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disusuli dengan pendakwaan dan tindakan tegas yang jelas.

“Ketiadaan perkembangan lanjut terhadap kes-kes berprofil tinggi menyebabkan rakyat terus tertanya-tanya dan hilang keyakinan. Katanya kepada Rasuah Busters, semalam.

Tambah beliau, keadaan itu turut dipengaruhi oleh pendedahan kes-kes berprofil tinggi yang sering mendapat perhatian umum, sekali gus membentuk tanggapan bahawa isu rasuah masih sukar dibendung secara menyeluruh.

Dalam masa sama, walaupun beberapa indikator antarabangsa menunjukkan perubahan positif, ia tidak semestinya diterjemahkan kepada keyakinan rakyat secara langsung, kerana persepsi lebih banyak dipengaruhi oleh pengalaman harian serta naratif yang berlegar dalam ruang awam.

““Pelabur akan ragu jika mereka melihat tadbir urus tidak jelas. Ia memberi gambaran bahawa Malaysia bukan persekitaran ekonomi yang selamat dan telus,” jelas beliau.

Datuk Nizam menegaskan bahawa cabaran utama ketika ini bukan hanya membanteras rasuah dari sudut undang-undang, tetapi juga memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap institusi yang bertanggungjawab.

Beliau turut menjelaskan bahawa jika jurang antara realiti dan persepsi ini terus melebar, ia boleh menjejaskan keberkesanan keseluruhan agenda integriti negara dalam jangka panjang.

““Rakyat menaruh harapan besar bahawa isu rasuah akan ditangani secara serius.

“Kita tidak boleh menerima rasuah sebagai norma. Ia mesti ditolak sepenuhnya demi masa depan negara,” tegasnya.

Situasi ini sekali lagi menekankan bahawa perang terhadap rasuah kini bukan sekadar isu penguatkuasaan, tetapi turut melibatkan medan persepsi dan keyakinan awam yang semakin kompleks. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

@politiko_my

Kritik Kerajaan Kini Boleh Ditahan? Ahli Parlimen Persoal #wansaifulwanjan #aktahasutan

♬ original sound – Politiko.my – Politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share