
KUALA LUMPUR, 14 MEI 25 – Sayap Bersekutu Bersatu yang disertai ahli bukan bumiputera semakin mengukuhkan kedudukannya di Pahang, selepas bekas Ketua Bahagian MCA Rompin, Lee Yoke Kwang, menyertai parti itu.
Tindakan Yoke Kwang menyaksikan berlaku penambahan kawasan tertubuhnya sayap bersekutu di Rompin, selepas Bentong dan Indera Mahkota.
Menurut Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Pahang, Leong Kim Soon, yang juga merupakan bekas setiausaha agung Pemuda MCA, beliau telah memberitahu bahawa akan lebih ramai lagi pimpinan akar umbi berhijrah ke sayap bersekutu Bersatu.
“Masa majlis serah borang Bersatu tempohari, saya dah kata ini bukan yang pertama dan saya bukan orang yang terakhir menyertai Bersatu, sekarang ini terbukti apa yang saya cakap tu benar. Katanya ketika dihubungi oleh politiko.
Ketika mengulas masa depan MCA, Leong berkata situasi dalam Barisan Nasional sekarang tidak membantu MCA.
“Kalau MCA kekal dalam kerajaan perpaduan dalam PRU yang akan datang, MCA akan tanding dua kerusi sajalah, Tanjung Piai dan Ayer Hitam sebab ni dua-dua kerusi MCA yang menang.
“Kalau UMNO nak bagi lebih kepada MCA, mungkin satu atau dua saja, tapi itu pun kena dapat persetujuan daripada DAP sebab sekarang sudah UMDAP. Katanya. @politiko.my