Selepas Daim, Anwar Sasar Anak-Anak Mahathir, Persoal Sumber Kekayaan

KUALA LUMPUR, 31 Jul 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mengalihkan sasaran kepada anak-anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mempersoalkan sumber kekayaan mereka.

Anwar menuntut anak-anak Dr Mahathir menjelaskan sumber kekayaan mereka atau terpaksa membayar semula wang kepada kerajaan.

“Saya tidak memilih untuk menuduh sesiapa secara sembarangan. Sebaliknya, saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat.

“Tetapi jika seseorang itu sendiri mengisytiharkan memiliki aset bernilai RM1.2 bilion, manakala seorang lagi RM4 bilion, maka wajarlah mereka bayar balik, melainkan mereka boleh menjelaskan sumber dana itu,” katanya, dalam temu bual bersama wartawan Indonesia, Najwa Shihab di Jakarta.

Menteri kewangan itu berkata, pendedahan kekayaan luar biasa oleh kedua-dua anak Dr Mahathir menimbulkan persoalan yang perlu dijawab, khususnya membabitkan jumlah yang besar.

Aset Tan Sri Mokhzani Mahathir sebelum ini dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir memiliki RM246.2 juta seperti yang diisytiharkan kepada SPRM.

“Pelik apabila pembangkang pula yang mempertahankan isu seperti ini. Sepatutnya mereka menjadi pihak paling tegas dalam menentang rasuah.

“Anehnya pembangkang pula yang melindungi individu berkait rasuah, termasuk yang didukung oleh Dr Mahathir. Sepatutnya mereka menjadi barisan paling lantang menentang rasuah.

“Apa (perlunya) anak perdana menteri atau menteri memiliki kekayaan berbillion ringgit? Kita mesti hentikan budaya ini. Reformasi bukan hanya atas kertas atau dalam bentuk peraturan semata-mata. Reformasi itu adalah (dengan) melaksanakan kata-kata,” tegasnya.

Anwar sedang dalam rangka mengadakan lawatan kerja dua hari ke Indonesia bagi menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-13 bersama Presiden Prabowo Subianto. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share