Senada Dengan Pembangkang, DAP Saran Tangguh SST, Tarif Elektrik

KUALA LUMPUR, 11 Jul 25 – Penasihat DAP Lim Guan Eng menyarankan kerajaan menangguhkan atau melaksanakan penyelarasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan tarif elektrik secara berperingkat.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, cadangan melaksanakan penyelarasan semula itu berlaku dalam keadaan negara berhadapan tindakan ketika Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 25% terhadap Malaysia.

“Jika SST boleh ditangguhkan, maka ia wajar ditangguhkan terlebih dahulu, selain mempertimbangkan untuk menangguhkan pelaksanaan SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan pendapatan sewaan perniagaan.

“Pada masa sama, pelarasan tarif elektrik juga boleh ditangguhkan atau dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Perkara itu katanya harus disuarakan ahli-ahli Parlimen kerajaan dalam pertemuan bersama kementerian bertanggungjawab.

“Kami berharap selepas pertemuan ini, pihak berkuasa akan memberikan maklum balas positif dengan mengambil kira kesulitan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah membuat penyesuaian terhadap dasar e-Invois apabila mengumumkan bahawa semua sumbangan atau derma yang diterima oleh badan keagamaan tidak perlu mengeluarkan e-Invois.

“Jika dasar e-Invois boleh disesuaikan, maka SST dan tarif elektrik juga boleh dipertimbangkan untuk penyesuaian.

“Langkah-langkah ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah pengguna juga terpaksa menanggung beban ekonomi yang lebih besar,” katanya.

Saranan Lin Guan Eng ini dilihat senada dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sebelum ini turut menyuarakan gesaan sama dan meminta kerajaan menangguhkan sebarang perubahan dasar fiskal negara.

Ia termasuklah termasuk subsidi bersasar RON95, peluasan SST dan kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Julai ini.

“Tentang kenaikan harga RON95 pada Jun supaya kerajaan ambil kira dan kalau boleh kita tangguhkan, begitu juga kenaikan tarif elektrik pada Julai dan langkah perluasan skop SST kena ambil kira juga,” kata Hamzah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share