Siapkan Kabinet Menunggu PN Untuk Laksana Konsensus Nasional, Kata Pejuang

KUALA LUMPUR, 25 Mei 25 – Perikatan Nasional (PN) disaran menyiapkan barisan Kabinet bayangan mereka untuk membolehkan rakyat melihat calon-calon bagi melaksanakan konsensus nasional yang dicadangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, wakil tersebut perlu dipilih atas kelayakan serta kekuatan mereka.

“Bukan hanya mereka yang bijak bicara atau puitis atas pentas.

“Untuk itu dilakukan amat perlu pemimpin dipilih rakyat atas kelayakan serta kekuatan seseorang itu dalam satu-satu bidang,” katanya menerusi laman sosial facebook.

Rafique berkata, politik dan kepimpinan mestilah diguna bagi jaga rakyat dan negara dan bukan untuk diri sendiri dan penyokong mereka semata-mata.

“Maka siapa sahaja bentuk kerajaan wajib tahu intipati tersebut, tanpa kerajaan yang berjiwa rakyat selagi itulah politik negara ini goyah.

“Sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin masa depan ditampilkan bersama PN supaya rakyat lihat sudah ada ‘Cabinet in Waiting’ untuk laksanakan konsensus nasional yang baru ini,” tambahnya.

Tambah Rafique, semua rakyat mahukan kehidupan dengan aman damai, bersama keluarga, membina kehidupan dan legasi masing-masing di negara bertuah ini.

“Masing-masing tidak kira Melayu, Cina, India, orang Asal, orang Sabah dan Sarawak kita semua tahu dan faham hak kita.

“Had dan batasan masing-masing juga kita akur serta faham,” jelasnya.

Baru-baru ini, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato Seri Hamzah Zainuddin telah memberi syarahan di forum ISEAS Yusof Ishak Institute.

Dalam ucapan bertajuk “Pandangan  terhadap Landskap Politik Malaysia – Membina Konsensus Baharu”, Hamzah menegaskan yang PN sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat berdasarkan fakta dan kebenaran. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share