SURAT: Politik Melayu & Politik Bukan Melayu

Assalamualaikum, Salam satu Melayu.

Saya berasa kurang selesa dengan  melihat perpecahan di kalangan bangsa melayu hari ini, serangan demi serangan di lakukan demi memuaskan nafsu yang menguntungkan parti parti politik tertentu orang melayu. Tapi jarang sekali kita mendengar parti politik bukan Melayu yang berkelahi macam parti politik melayu hari ini.

Dan perpecahan yang sedang berlaku hari ini juga seolah olah seperti tiada jalan untuk berdamai. Saya sebagai generasi yang lahir pada penghujung 80 an telah di didik untuk mengambil tahu sejarah sebelum negara mengecapi kemerdekaan.

Bagaimana susah payah pejuang pejuang terdahulu untuk melihat generasi sekarang mengecapi kebahagiaan di bumi sendiri tanpa perlu mengerah tenaga seperti pejuang terdahulu.

Hari ini saya melihat sendiri penglibatan anak anak muda dalam gelanggang politik semakin gelap, apatah lagi anak anak muda melihat sendiri contoh yang tidak sepatutnya di perlakukan oleh pemimpin pemimpin negara yang saban hari mengatur strategi untuk menjatuhkan sesama Melayu demi kepuasan nafsu politik sendiri.

Anak anak muda hari ini sepatutnya di beri peluang untuk bersama sama menabur bakti demi negara tercinta. Dan pemimpin yang sudah lama berada dalam arena politik seharusnya memberikan contoh yang baik serta peluang kepada generasi muda dalam mereka mempersembahkan idea idea yang boleh membantu memajukan negara.

Kita lihat parti politik bukan melayu, mereka bukan sahaja menggunakan alasan perpecahan politik Melayu untuk penyatuan bangsa bukan Melayu tetapi mereka memberi peluang kepada pelapis pelapis muda untuk mencungkil bakat dalam membina negara ke arah yang lebih cemerlang.

Pemimpin politik Melayu harus mengambil satu inisiatif untuk mempamerkan contoh yang baik kepada anak anak muda dan gilaplah bakat yang ada pada anak muda untuk membina Malaysia lebih cemerlang.

Beza antara politik Melayu ialah mereka berpolitik untuk kepentingan parti politik tapi parti politik bukan melayu berpolitik demi kelangsungan survival bangsa mereka.

Akhir kata pemimpin politik Melayu harus mengubah lanskap cara berpolitik yang sudah di tanam sejak dahulu lagi dan mengambil inisiatif untuk melahirkan lebih ramai pemimpin melayu di kalangan anak anak muda yang mempunyai masa depan dalam mencorakkan negara Malaysia.

Azrol Mansor, Sungai petani

BANGSA MELAYU BERSATU, TANAH AKU  

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kesatuan Pemikiran Dalam Pelan Pendidikan

wujudnya dua pasukan penggubalan yang berbeza (satu di KPT dan satu di KPM). Khabarnya, akan ditubuhkan Majlis Pendidikan Negara, yang dipengerusikan Perdana Menteri, untuk mengintegrasi kerja kedua-dua pasukan itu. Persoalannya, akan berlakukah wahdatul fikr (kesatuan pemikiran) yang sebenar?  
Read More

Sokong Membawa Rebah

Kedua, dakwaan kononnya Dr Mahathir penyebab perpecahan Melayu juga dipatahkan, kerana mereka sendirilah yang kini mencetus perpecahan, sementara Dr Mahathir cuba menghindarinya.
Read More
Total
0
Share