Browsing Tag
PAS
412 posts
PAS ‘Boikot’ Mesyuarat, Isyarat Lagi Selangkah Keluar PN – Pemerhati
Shahbudin melihat tindakan Abdul Hadi itu bukan bersifat kebetulan, sebaliknya satu isyarat penjarakan strategik PAS daripada sebarang usaha yang dipimpin Muhyiddin, khususnya berkaitan cadangan mengubah struktur PN.
PN Berisiko Hilang Momentum Menjelang PRU16 – Penganalisis
“Isu ini kelihatan luar biasa kerana PAS dan Bersatu selama ini dilihat sangat akrab. Apabila satu pihak membuat dakwaan dan pihak lain pula menafikannya secara terbuka, ia memberi gambaran seolah-olah tiada koordinasi yang jelas dalam PN,” katanya kepada politiko.
Tuan Ibrahim Tegur Rakan Dalam PN, Henti Tulis-Komen Kelirukan Ahli
“Hentikan kenyataan yang mengguris perasaan rakan muafakat. Jangan menikam belakang kawan sendiri, apatah lagi berbangga menjatuhkan rakan gabungan. Hormatilah keputusan parti-parti rakan, dan bersedia menerima teguran serta pandangan dengan lapang dada,” tegas beliau.
Muhyiddin Bawa Cerita Bohong, Mesti Letak Jawatan Presiden BERSATU — Wan Saiful
“Jika tidak, Muhyiddin akan terus menjadi liabiliti kerana rakyat akan melihat Presiden BERSATU sebagai seorang pembohong,” katanya.
Presiden BERSATU Didakwa Tipu Parti, Ahli Diminta Bertindak
“Surat Presiden PAS bukan sekadar menolak dakwaan itu, malah memperlihatkan kenyataan Presiden BERSATU sebagai mengelirukan. Bagi saya, ini bukan kekeliruan, tetapi satu pembohongan yang disengajakan,” katanya.
Hadi Tolak Dakwaan Muhyiddin – PAS Tak Pernah Setuju Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan
PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah dimansuhkan susulan cadangan penstrukturan semula gabungan itu, sambil menegaskan bahawa naratif tersebut tidak pernah dibincangkan apatah lagi dipersetujui oleh PAS, termasuk dalam mesyuarat pada 16 Januari lalu.
Tiada Kuasa Tentukan Pengganti Selepas Letak Jawatan – Cendekiawan
Prof Madya Dr Khairudin Md Isa, Timbalan Pengerusi Cendekiawan Negara, berkata penjelasan yang diberikan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini sudah cukup jelas dan sepatutnya menutup sepenuhnya polemik yang cuba dimainkan pihak tertentu.
PN Dibina Bukan Atas Kuasa, Tapi Ilmu dan Prinsip – Kata MP PAS
“Kami tidak mendakwa hanya kami yang benar; yang kami kejar ialah perlumbaan menuju kebaikan,” katanya.
Aktivis Politik Sarankan Hamzah Pengerusi PN Sebagai Jalan Tengah
Mantan wartawan dan aktivis politik, Shahbudin Husin, menekankan bahawa kekalutan ini boleh menimbulkan spekulasi dalaman dan menjejaskan persepsi terhadap PN. Beliau mencadangkan sebagai jalan tengah, PAS boleh menamakan Hamzah Zainuddin sebagai Pengerusi PN.
BERSATU Masih Tiada Undi Deposit, Aktivis Ingatkan Parti
“BERSATU masih belum mempunyai deposit pengundi tegar sendiri. Parti ini tidak boleh menang bersendirian tanpa sokongan PAS,” kata Syafiq