Tarif, Nadir Bumi Dijangka Jadi Agenda Rundingan Donald Trump Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Okt 2025 — Isu tarif eksport dan sumber nadir bumi dijangka menjadi antara topik utama dalam rundingan dua hala antara AS dan Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Memetik laoran Bernama, pakar ekonomi, Prof. Dr. Goh Lim Thye daripada Universiti Malaya, walaupun tiada petanda konkrit yang menunjukkan Amerika Syarikat akan menarik balik semua tarif terhadap eksport Malaysia, termasuk dalam sektor farmaseutikal dan perabot, Malaysia dijangka giat berunding demi mendapatkan pelepasan atau mekanisme semakan tarif yang lebih fleksibel.

“Saya yakin Malaysia akan berunding sehabis baik untuk pelepasan tarif bagi sektor khusus dan mekanisme semakan,” kata Goh seperti dilaporkan Bernama.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengecualian tarif terhadap sektor semikonduktor yang dinikmati Malaysia kini mencerminkan keyakinan Amerika terhadap peranan Malaysia sebagai nod yang dipercayai dalam rantaian bekalan elektronik global — satu kelebihan yang negara harus pertahankan.

Mengenai sumber nadir bumi, Goh berpendapat bahawa Malaysia bukanlah pengeluar utama, namun keupayaan proses hiliran menjadikan negara ini signifikan dalam mekanisme bekalan serantau.

Oleh itu, topik tersebut dijangkakan mendapat tempat penting dalam pembincangan baharu AS-ASEAN yang memfokuskan kestabilan dan kepelbagaian rantai bekalan industri termaju.

Kerjasama serta rundingan ini berlaku di latar Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share