TKM Pulau Pinang I Muncul di Pejabat SPRM

GEORGE TOWN | 2 Mac 26 — Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi kerjasama dalam siasatan berhubung isu dakwaan penyalahgunaan dana zakat.

Memetik laporan FMT, lawatan beliau itu dipercayai berkaitan dengan siasatan dakwaan penyelewengan dana zakat yang telah menarik perhatian SPRM setelah isu tersebut dibangkitkan oleh wakil rakyat dalam perbahasan Dewan Undangan Negeri.

Penyiasatan awal dilaporkan bertumpu kepada bagaimana dana zakat diurus dan disalurkan kepada kumpulan sasaran, termasuk laporan bahawa beberapa wang zakat mungkin digunakan secara tidak bersesuaian.

Terdahulu, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, tampil membangkitkan beberapa dakwaan serius melibatkan pengurusan dana zakat dan penggunaan peruntukan agensi berkaitan agama di Pulau Pinang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share