Trump-Anwar Menari ‘Tarian Genosida’ – Pejuang

KUALA LUMPUR, 27 OKT 25 – Ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diiringi sambutan yang cukup meriah, mengundang  kritikan tajam dari pelbagai pihak berhubung pendirian Malaysia terhadap isu genosida dan jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas Gaza dan Palestin.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, dalam satu kenyataan yang pedas menyifatkan suasana sambutan itu sebagai “Tarian Genosida” di mana Trump dan Anwar kelihatan menari bersama-sama.

Media tempatan turut menyorot detik-detik tersebut termasuk ajakan Trump agar Anwar menaiki kenderaan limosin mewah berperisai penuh sekuriti, The Beast, yang meredah lebuh raya yang dikosongkan.

“Media negara terliur dengan ajakan Trump agar Anwar menaiki The Beast kereta mewah penuh sekuriti meredah lebuhraya yang kosong,” ujar Rafique dalam kenyataannya.

Menurut Rafique, kemesraan yang ditunjukkan oleh Anwar seolah-olah menenggelamkan isu utama, iaitu pembunuhan kejam hampir 65,000 insan tidak berdosa di Gaza.

“Anwar pula tidak dapat menahan kegembiraan tersebut sehingga mengulangi kehebatan Trump sebagai pemimpin yang dahagakan keamanan dunia,” kata Rafique.

Beliau mengingatkan janji Anwar yang akan ‘ajar’ Trump tentang kemarahan rakyat jelata serta dunia mengenai genosida dan jenayah perang Zionis Israel ke atas Gaza dan Palestin

“Tidakkah Trump ‘disekolahkan’ tentang pembunuhan kejam hampir 65,000 insan tidak berdosa dek kegilaan Netanyahu?”

“Bersuarakah Anwar tentang pendirian Malaysia yang mahukan kemerdekaan mutlak Palestin?”

Rafique turut mempersoalkan sama ada Trump “takut” dengan ketegasan dan kemahiran pidato Anwar mengenai isu Palestin yang dilaungkan oleh Anwar sebelum ini.

“Peluang bergambar dengan Trump sambil Trump mengangkat bakul di dalamnya Anwar? Begitulah pelakon. Cuma hari ini lain, dua bukan seorang sahaja. Tarian genosida.”

Trump kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke 47 bersama beberapa pemimpin dunia yang lain. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share