Tun Mahathir Dakwa Akan Ada Usaha Sekatan Ke Himpunan Turun Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Jul 25 – Akan ada pihak sengaja membawa senjata ke Himpunan Turun Anwar hujung minggu ini di ibu negara bagi membolehkan pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu mendakwa, sememangnya terdapat peruntukan undang-undang membenarkan polis mengadakan sekatan jalan raya namun undang-undang juga membenarkan untuk rakyat berhimpun secara aman.

“Undang-undang negara membenar sekatan jalan oleh polis. Tetapi undang-undang juga melarang sebarang tindakan yang akan gagalkan kehadiran di rapat raksasa.

“Akan ada puak tertentu yang akan bawa senjata. Ini cara mereka untuk polis ada ‘road block’.

“Inilah cara PMX. Undang-undang tidak diturut tetapi disalah guna,” katanya, dalam hantaran di media sosial hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau menjangka akan berlaku penutupan jalan memasuki ibu negara sebelum himpunan itu berlangsung pada 26 Julai nanti.

“Tidak ada rule of law dalam Kerajaan PMX. Hanya seperti dahulu salah guna kuasa,” katanya lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share