UMNO Desak Azam Baki Jelaskan Isu Pemilikan Saham

KUALA LUMPUR | 10 Feb 26 — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi, hari ini menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menjelaskan secara terbuka status dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan alasan ia melibatkan kepentingan awam dan integriti pegawai kanan penguat kuasa negara.

Puad berkata laporan media mendakwa Azam memiliki saham dalam Velocity Capital Partner Bhd, pegangan dikatakan bernilai hampir RM800,000 dan menegaskan perkara itu perlu dijawab segera tanpa berlengah.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pemilikan tersebut adalah benar serta patuh kepada peraturan penjawat awam dan syarat pengisytiharan aset, sambil mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dikaitkan dengan kontroversi berkaitan saham.

“Isu ini bukan sewenang-wenangnya. Ia melibatkan kepentingan awam dan tiada sebab sebarang persoalan dibiar berlanjutan tanpa penjelasan yang telus,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turut menyatakan bahawa perkara itu sepatutnya dibangkitkan di Parlimen.

Menurut laporan Bloomberg berdasarkan pemfailan korporat, Azam, 62, didakwa memegang 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd, menjadikan pegangan tersebut pendedahan awam pertama mengenai pegangan besar atas namanya sejak kontroversi sebelum ini. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share