
KUALA LUMPUR, 24 Jul 25 – Mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti, bukan memberi umpan kepada orang ramai.
Menurut laporan malaysiakini, Rafidah dipetik sebagai berkata “tidak perlu menghargai rakyat atau mengumpan mereka hanya untuk mendapatkan undi”.
Kata Rafidah lagi, setiap ringgit yang ada dalam kantung negara adalah milik rakyat, bukannya kerajaan.
“Bekerjalah untuk rakyat dengan penuh keikhlasan, integriti dan tanggungjawab. Bukan semata-mata untuk meraih undi,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman “penghargaan luar biasa” Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada rakyat yang diumumkan semalam.
Semalam, Anwar mengumumkan harga petrol RON95 akan turun enam sen kepada RM1.99 seliter sebelum akhir Sept, walaupun kos asal semasa sebelum subsidi ialah RM2.50.
Dia turut mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 secara sekali bayar untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas boleh digunakan melalui MyKad di lebih 4,100 kedai dari 31 Ogos hingga 31 Dis.
Langkah tersebut menambahkan peruntukan RM2 bilion dalam peruntukan inisiatif Sara, meningkatkan jumlah perbelanjaan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.