
KUALA LUMPUR | 19 Sep 26 – Parti Wawasan Negara menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam menamatkan polemik berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Nasional Wawasan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata parti itu turut bersyukur kerana akhirnya titah diraja berkenaan dijunjung oleh kerajaan.
Menurutnya, Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan, menangguhkan pelaksanaan hukuman serta meringankan atau meredakan hukuman.
“Ini adalah hak dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan semua pihak harus menghormatinya,” katanya dalam kenyataan media.
Wawasan turut menegaskan bahawa kuasa berkenaan merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan perkembangan terbaharu berkaitan isu pengampunan Najib yang sebelum ini mencetuskan polemik serta perbahasan awam.
Wawasan berkata pihaknya menghargai keputusan yang menurut parti itu telah menamatkan polemik berkenaan, selain menegaskan keperluan semua pihak menghormati kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.