Wawasan Negara Mahu Jadi ‘Jambatan’ Politik – AJK Pusat

KUALA LUMPUR | 14 Julai 26 — Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) menegaskan penubuhannya bukan untuk menambah perpecahan dalam landskap politik negara, sebaliknya berperanan sebagai “jambatan” yang menghubungkan pelbagai kelompok masyarakat dalam sebuah gabungan yang lebih inklusif.

Ahli Jawatankuasa Pusat Wawasan, Tun Fiqa Mohammad berkata, parti itu membawa pendekatan berbeza ketika rakyat semakin letih dengan percaturan politik dan kemunculan pelbagai parti baharu, dengan menawarkan ruang kepada suara sederhana serta kepelbagaian kaum.

Menurut beliau, Wawasan bukan ditubuhkan untuk bersaing dengan parti-parti Melayu seperti PAS atau UMNO, sebaliknya melengkapkan landskap politik dengan membawa suara rakyat pelbagai latar belakang ke dalam sebuah gabungan yang lebih luas.

Katanya di facebook, pendekatan itu penting bagi memastikan golongan sederhana, masyarakat bandar dan pengundi pelbagai kaum terus mempunyai ruang dalam arus politik negara.

Tun Fiqa berkata, Wawasan menjadikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas perjuangan parti menerusi kerangka Konsensus Nasional Baharu, yang berpaksikan matlamat bersama, kemakmuran dikongsi dan tadbir urus berteraskan ihsan.

Beliau berkata, parti itu mahu memainkan peranan sebagai suara pengimbang dalam mana-mana gabungan politik dengan memastikan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia terus dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan.

Menurutnya, Malaysia memerlukan sebuah wadah politik yang mampu merapatkan jurang antara pelbagai kelompok masyarakat, bukannya terus mengukuhkan polarisasi yang sedia wujud.

Beliau turut berpandangan bahawa sebuah gabungan yang diterajui orang Melayu mampu mentadbir negara secara adil, progresif dan inklusif sekiranya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan serta menghormati kepelbagaian masyarakat.

Katanya, jika Wawasan kekal dengan prinsip tersebut, parti itu berpotensi menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kestabilan politik negara pada masa depan.

Minggu lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara (Wawasan), sebelum parti itu dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

PAS Putuskan Tak Sertai EXCO Perlis

“PAS komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat rakyat pada PRU-15, namun pada masa sama tidak akan menganggotai EXCO yang dibentuk oleh Menteri Besar baharu,” katanya.
Read More
Total
0
Share