Zaid Ibrahim Persoal Keadilan Pendakwaan Ke Atas Jeneral Tentera

KUALA LUMPUR | 23 Jan 26 — Datuk Zaid Ibrahim, mantan Menteri Undang-Undang, mempersoalkan keadilan dalam pendakwaan pegawai tertinggi tentera, menegaskan bahawa wujud perlakuan berbeza terhadap individu yang berbeza dalam sistem undang‑undang.

Menurut beliau, tuduhan terhadap Jeneral tentera boleh menimbulkan kekeliruan dalam persepsi awam kerana beberapa ahli politik dan pegawai tinggi awam lain yang terlibat dalam skandal jutaan ringgit tidak dikenakan pendakwaan atau hanya menerima kompaun atau denda.

Zaid Ibrahim menekankan bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan imej negara dan semangat anggota pasukan pertahanan, memandangkan pegawai tentera tersebut telah berkhidmat kepada negara lebih lama berbanding banyak ahli politik.

“Sepatutnya kita lebih berlembut dan menghargai mereka,” katanya, sambil menyoal sama ada pendekatan kerajaan untuk membersihkan negara daripada rasuah benar‑benar adil dan konsisten.

Beliau juga menyentuh penggunaan NFA (No Further Action/Tiada Tindakan Lanjut) dalam beberapa kes lain, yang dilihat sebagai bukti bahawa lakuan berbeza masih berlaku dalam penguatkuasaan undang‑undang, sekaligus menimbulkan persepsi ketidakadilan di kalangan rakyat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share