
KUALA LUMPUR, 21 Jun 25 – NGO UMMAH menggesa kerajaan mengkaji untuk mengharamkan Sisters In Islam (SIS) yang didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Menurut Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata cadangan tersebut adalah kerana SIS mempromosikan fahaman liberalisme dan pluralisme yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
“Kerajaan Persekutuan, JAKIM, MKI, Majlis Raja Raja Melayu, didesak mengkaji dan mengharamkan SIS melalui ROS kerana fahaman liberalisme dan pluralisme yang didokongnya jelas bertentangan dengan ajaran islam, Fatwa MAIS 2014 serta Islam agama yang diiktiraf bagi persekutuan didalam Perkara 3(1)Perlembagaan Persekutuan, payung nya adalah Raja Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong. Ujarnya.
Zai juga menegaskan bahawa UMMAH menjunjung titah Sultan Selangor agar pihak berwajib menggugurkan perkataan Islam daripada SIS kerana penyalahgunaan perkataan Islam yang boleh mengelirukan orang Islam.
Mengulas isu yang sama, sekalipun UMMAH menghormati keputusan mahkamah persekutuan yang memutuskan bahawa fatwa MAIS tidak terpakai untuk pertubuhan seperti SIS, mereka turut mempersoalkan samada sesuatu pertubuhan boleh mempromosikan agenda liberal dan pluralisme.
“Adakah ini akan memberi petunjuk kepada mana mana pertubuhan lain bahawa; membawa dan mempromosi agenda liberal dan plurisme di negara ini dibolehkan kerana ia bukan individu tetapi pertubuhan?
“Keputusan ini boleh mengelirukan ummat Islam di negara ini dan boleh mewujudkan suasana tidak selamat dan terancam kepada ummat Islam. Ujar Zai dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, panel hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan menerima rayuan SIS yang memohon agar ketetapan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang menganggap pertubuhan berkenaan sebagai sesat dan menyeleweng. @politiko.my