Banyak ‘Main Politik Belakang Tabir’, Bila Ajak Berdebat, Terus Dilabel Pengkhianat – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 4 NOV 25 — Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegur budaya politik tempatan yang menurutnya terlalu banyak beroperasi “di belakang tabir” dan tidak menggalakkan perbahasan terbuka yang sihat.

Bercakap dalam podcast Zaid Ibrahim yang disiarkan semalam, Saifuddin menjelaskan bahawa kecenderungannya untuk bersuara secara terbuka lahir daripada rasa tidak selesa terhadap amalan politik yang penuh dengan rundingan tersembunyi dan permainan belakang layar.

“Inilah sebabnya saya dan teman-teman memilih untuk bercakap dengan lebih terbuka. Antara masalah kita di Malaysia ni, politik kita ni banyak sangat di belakang tabir. Itu yang saya dari dulu lagi tak selesa,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa budaya perbahasan terbuka lebih sihat dan mencerminkan kematangan politik, berbanding serangan peribadi yang sering digunakan untuk menutup ruang perbezaan pendapat.

“Kita berhujah… apa hujah balas dia? Hujah balas dia — pengkhianat, kacang lupakan kulit, keluar parti lah, pergi parti lain lah,” katanya sinis.

Saifuddin turut menyelitkan peringatan bernada jenaka dengan memetik kata-kata Imam Syafi‘i mengenai perbahasan dengan orang yang enggan menggunakan akal.

“Imam Syafi‘i kata, aku boleh berhujah dengan 10 orang. Tapi jumpa seorang yang tak berapa cerdik tu, dia tak payah debat lah,” ujarnya sambil ketawa.

Pandangan Saifuddin itu dilihat sebagai sindiran terhadap amalan politik semasa yang sering menolak perbezaan pendapat secara rasional, sebaliknya memilih untuk menyerang peribadi dan melabel lawan demi mengekalkan pengaruh. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Apa PN Mahu? Soal Penganalisis

"Bawa wajah yang rakyat mudah hadam, biar mereka faham apa agenda sebenar PN. Agenda pemerkasaan Melayu seperti payung besar. Muafakat nasional antara PAS, Umno, atau Bersatu atau bentuk gabungan mewakili semua kaum.
Read More
Total
0
Share