Hamzah Di Sydney, Tak Akan Hadir Lembaga Disiplin BERSATU

KUALA LUMPUR | 11 Feb 26 – Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka terlepas menghadiri sesi perjumpaan dengan Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana berada di Sydney, menurut kenyataan pegawainya, Ahmad Ikhwan Fadhli.

Ikhwan berkata kehadiran Hamzah di luar negara adalah bagi urusan peribadi berkaitan pendaftaran anaknya di sebuah universiti di Sydney, sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada tarikh yang dijadualkan untuk menghadap lembaga disiplin parti.

Hamzah, yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Pemimpin Pembangkang, diketahui telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti berikutan beberapa aduan terhadapnya berkaitan kekecohan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti sebelum ini serta kenyataan kritikal terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut notis panggilan disiplin, Hamzah dikehendaki memberi maklumbalas terhadap beberapa aduan berkaitan tindakannya dalam parti. Notis itu turut menyatakan bahawa kegagalan hadir memberi keterangan pada tarikh ditetapkan akan membolehkan lembaga mengambil keputusan tanpa rujukan lanjut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share