Belanjawan 2026 Tiada Roh, Tidak Jujur, Dakwa Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR, 17 Okt 25 – Belanjawan 2026 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kosong roh dan hanya dipenuhi retorik, dakwa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Katanya, Belanjawan 2026 juga tidak memihak kepada rakyat bawahan yang membanting tulang setiap hari kerana ketika banyak subsidi yang ditarik, rakyat hanya menerima sebahagian kecil daripada hasil pengurangan tersebut.

“Subsidi ditarik, tapi rakyat tak dapat imbalan. Subsidi ayam, telur, elektrik, diesel dan RON95 ditarik, jumlahnya RM15 bilion tapi rakyat hanya diberi eMadani dan SARA.

“Tiada subsidi bersasar sebenar seperti dijanjikan tahun lalu rakyat B40 dan penjawat awam Diketepikan

“Kemiskinan relatif meningkat. Tiada kenaikan bermakna untuk doktor, jururawat, guru atau penjawat awam.

“Belanjawan ini tidak berpihak kepada rakyat yang berjuang setiap hari,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam hantaran media sosial.

Jelasnya lagi, hasil yang dikutip kerajaan juga tidak dibelanjakan dengan adil kepada penerima yang layak menerima bantuan kerajaan.

Katanya, dengan jumlah keseluruhan belanjawan ialah RM420 bilion, ia tidak memperlihatkan sebarang pengembangan fiskal.

“Tiada semangat untuk memacu ekonomi rakyat yang makin tertekan, duit banyak tapi tak sampai kepada yang memerlukan.

“Subsidi minyak masih dinikmati si kaya. Program SARA diberi kepada semua — bukan sasaran sebenar.

“RM100 eMadani pun diterima oleh golongan berpendapatan tinggi. Hasilnya, duit rakyat dibazirkan demi membeli populariti politik,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share