Browsing Category
Pendapat
254 posts
Menjadi Parti Berwajah Malaysia
Ada yang menuduh kami mengamalkan politik identiti. Pada kami, ini istilah gunaan pihak tertentu. Identiti tidak menyalahi agama dan perlembagaan negara. Apa yang salah ialah mendiskriminasi dan/atau didiskriminasi dek kerana identiti. Atau salah tafsir makna politik identiti.
Sabah-Sarawak: Kapal Terbang Keperluan Rakyat, Bukan Kemewahan
Seorang rakyat Sabah atau Sarawak tidak sepatutnya terpaksa memilih antara membeli tiket penerbangan yang terlalu mahal atau tidak dapat pulang menemui keluarga ketika diperlukan.
Integriti Bukan Bahan Retorik Politik
Rakyat tidak menuntut pemimpin yang sempurna. Rakyat menuntut pemimpin yang amanah, bertanggungjawab dan berani dipertanggungjawabkan.
Merdeka 69: Antara Kuasa dan Pemerkasaan
Merdeka bukan tentang siapa paling dominan; merdeka ialah apakah yang kita lakukan apabila kuasa berada di tangan kita. Sudah tiba masanya untuk kita menterjemahkan dominasi politik kepada pemerkasaan ekonomi, menterjemahkan retorik agama kepada keadilan sosial dan menterjemahkan perpaduan bangsa kepada pembinaan manusia yang bermaruah.
RCI TH: Jangan Hukum Sebelum Bukti Berbicara
Namun, jangan pula kita pergi ke hujung yang satu lagi. Mengatakan “tiada bukti kecurian, maka tiada masalah” juga tidak tepat.
Naratif ‘Sakau’ Terlondeh? Pendedahan Audit TH Gugat Cerita PMX
Akhirnya, isu Tabung Haji bukan sekadar soal siapa menang dalam pertarungan politik. Ia soal sama ada istilah “sakau” itu berdiri atas bukti atau sekadar sebuah naratif yang terlalu lama diulang sehingga dianggap sebagai fakta.
Memahami Gambaran Besar Dalam Perjuangan
Apabila gambaran besar difahami semua pihak, maka ia memudahkan sesuatu keputusan penting dan strategik dibuat, dilaksanakan dan diterangkan kepada khalayak dalaman ataupun luaran.
Rasuah Atau Senjata Politik? Persoalan Hadi Sukar Diketepikan
Mengkritik salah laku tidak bermaksud meruntuhkan institusi. Tetapi membesarkan kesalahan individu sehingga keseluruhan institusi dilabel buruk juga bukan keadilan.
Anwar, Taiwan dan Dilema Kedaulatan Dalam Dunia Multipolar
Sebab itu persoalan sebenar bukanlah sama ada Anwar berpihak kepada China atau Taiwan. Persoalan yang jauh lebih penting ialah bagaimana Malaysia mahu mempertahankan autonomi strategiknya apabila dunia semakin dipaksa memilih pihak.
Wawasan Negara, Satu Lonjakan Paradigma
Ini sebenarnya memberikan lonjakan pradigma kepada parti politik dan pemimpin di dalam parti tersebut namun pelbagai langkah yang pragmatik harus diambil untuk memastikan kerelevanan parti tersebut masih menjadi kehendak dan kepentingan pengundi pada masa akan datang.