FIFA Bongkar Dokumen “Kewarganegaraan” 7 Pemain Warisan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 7 Okt 25 — FIFA telah mendedahkan maklumat lengkap dalam dokumen “Notification of the Grounds of the Decision” berkaitan keputusan tatatertib ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, dalam satu pendedahan yang mengejutkan arena bola sepak negara.

Dalam semakan silang dengan rekod kerajaan di negara asal pemain terbabit, FIFA mendapati sijil kelahiran datuk dan nenek yang dikemukakan oleh FAM tidak selaras dengan rekod rasmi negara asal mereka.

Beberapa kes disorot termasuk, Nenek Gabriel Felipe Arrocha dilaporkan dilahirkan di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol. Datuk Facundo Tomás Garcés dirakam berasal dari Santa Fe de la Cruz, Argentina dan beberapa individu lain pula berasal dari Argentina, Brazil, Belanda dan wilayah Sepanyol.

FIFA menegaskan bahawa semua maklumat tersebut disahkan melalui semakan rasmi dan tiada bukti kukuh yang menunjukkan kaitan langsung dokumen tersebut ke Malaysia.

Dalam pada itu, FAM telah menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak adil, dan menyatakan bahawa semua dokumen telah diuruskan mengikut tatacara rasmi.

Isu ini kini bertukar daripada sekadar kes tatatertib kepada krisis kredibiliti pentadbiran sukan negara. Bagaimanapun FAM berikrar akan menggunakan saluran rayuan untuk membetulkan keputusan itu dan mempertahankan hak pemain serta nama baik bola sepak Malaysia. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share